Friday, March 9, 2012

PENGIRAAN GAJI SSM PENAMBAHBAIKAN 2012

Assalamualaikum,

Sudah lama aku tidak mencoret di dalam blog ni. Timbul pula perasaan nak menolong rakan-rakan yang belum memahami pengiraan gaji yang hangat diperkatakan sekarang. Tapi aku sendiri pun belum pasti jugak pengiraannya, walaubagaimanapun bolehlah kita memeriahkan dunia maya ni.

Sebelum kita kira mengira, kita renung kembali peristiwa atau sejarah yang telah terbentuk. Di mana pada akhir tahun lepas (2011), heboh dok kira gaji dengan model sbpa....pastu tak menjadi pula....Pada 8hb.mac.2012, PM pun umum penambahbaikan SSM. Cuba kita tengok contoh pengiraan di bawah-

Contoh :

Gred dg41 P1T15 anjakan gaji oktober.Gaji pokok : RM 2962.15

Maka pengiraan untuk gaji baru untuk bulan Januari -Sept 2012 ialah,

i. RM2962.15 X 13% = RM3347.23 ( gaji pokok baru 2012 )

atau RM2962.15 X 1.13 = RM3347.23 ( gaji pokok baru 2012 )


ii. Kemudian pada bulan Oktober 2012 nanti, sila tambah kenaikan tahunan (agak-agak RM220.00)

Tangga Gaji Baru Bajet 2012 yang diwar²kan

GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320


Jadi gaji pokok pada bulan Oktober ialah RM3347.23 + RM220.00 = RM3567.23

Pembetulan:-


Setelah keluarnya pekeliling oleh JPA, didapati kenaikan gaji tahunan (KGT) untuk DG41 ialah RM225.00

Sunday, August 8, 2010

UPSR 2010 semakin dekat!

Debaran menanti UPSR semakin terasa.... Guru-guru tahun 6 berhempas pulas mencari formula terbaik supaya setiap individu atau murid yang diajar mendapat keputusan yang paling cemerlang.

Pelbagai strategi disusun dan dipraktikkan. Antara strategi yang boleh di ketengahkan kepada murid-murid ialah seperti berikut:

a. perbanyakkan latihtubi.
b. perbincangan berkumpulan kecil
c. mendampingi program interaktif
d. seminar menjawab

Sunday, July 11, 2010

Paul si sotong

Banyak kali Paul si sotong dapat meramal dengan tepat perlawanan bola sepak Piala Dunia kali ini. Apakah yang dimiliki oleh si sotong ini sehingga ramalannya tidak tersasar? Apakah unsur-unsur yang ada pada Paul ini?

Seperti yang diketahui sotong adalah haiwan pemangsa yang ganas dan ia merupakan haiwan karnibal dan juga haiwan yang boleh menyesuaikan diri degan persekitarannya. Pigmen-pigmen pada badannya dengan cepat berubah mengikut persekitaran habitatnya.

Tapi yang belum diketahui ialah bagaimana haiwan ini boleh meramal.... Mungkin ada tenaga pengajarnya yang bertungkus lumus bekerja? Atau mungkin naluri haiwan sendiri begitu?

Apa pun kita sebagai seorang muslim tak boleh bertilik nasib!!! Kita mesti berhati-hati dalam perkara seperti ini.....