Friday, March 9, 2012

PENGIRAAN GAJI SSM PENAMBAHBAIKAN 2012

Assalamualaikum,

Sudah lama aku tidak mencoret di dalam blog ni. Timbul pula perasaan nak menolong rakan-rakan yang belum memahami pengiraan gaji yang hangat diperkatakan sekarang. Tapi aku sendiri pun belum pasti jugak pengiraannya, walaubagaimanapun bolehlah kita memeriahkan dunia maya ni.

Sebelum kita kira mengira, kita renung kembali peristiwa atau sejarah yang telah terbentuk. Di mana pada akhir tahun lepas (2011), heboh dok kira gaji dengan model sbpa....pastu tak menjadi pula....Pada 8hb.mac.2012, PM pun umum penambahbaikan SSM. Cuba kita tengok contoh pengiraan di bawah-

Contoh :

Gred dg41 P1T15 anjakan gaji oktober.Gaji pokok : RM 2962.15

Maka pengiraan untuk gaji baru untuk bulan Januari -Sept 2012 ialah,

i. RM2962.15 X 13% = RM3347.23 ( gaji pokok baru 2012 )

atau RM2962.15 X 1.13 = RM3347.23 ( gaji pokok baru 2012 )


ii. Kemudian pada bulan Oktober 2012 nanti, sila tambah kenaikan tahunan (agak-agak RM220.00)

Tangga Gaji Baru Bajet 2012 yang diwar²kan

GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320


Jadi gaji pokok pada bulan Oktober ialah RM3347.23 + RM220.00 = RM3567.23

Pembetulan:-


Setelah keluarnya pekeliling oleh JPA, didapati kenaikan gaji tahunan (KGT) untuk DG41 ialah RM225.00

No comments:

Post a Comment